Thursday, December 31, 2015

Farhan & Emily Hello Gold Coast Australia - Day 3

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hari ke 3, sarapan pagi buat cucur ikan bilis je.. masa ni mencabar gak sebab tak pandai gak nak adjust dapur tanpa api ni. hehehe


separuh makan, separuh lg buat bekal gak
Sesambil tu kitaorang masak nasi arab ni guna pes yemeni mendhi.. sedap ko nasi ni. makan gitu tanpa kuah pun sedap.. nasib baik apartment sediakan rice cooker.. kalau tak sure aku terkial2 masak nasi guna dapur tanpa api tu..



budak2 seme breakfast cereal aje

nasi arab berlaukkan kurma brahim dan kari ayam brahims... Add on Sambal Belacan (hahaha tak regu langsung makan nasi arab dengan sambal belacan).. pastu potong timun jepun dengan telur rebus


Ok kemana destinasi kita harini... ye ke Dreamworld.. tempat yang mmg kami tunggu2.. ada mcm2 kat sini..

yeh dah sampai
Hari ke 3 ni aku anak beranak pakai baju Hard Rock.. kami memang plan nak pakai baju ni masa beli hari pertama sampai haritu.. yang kelakar Ady si kecik tu bila tengok Farhan dan Emily pakai baju HR ni sibuk gak nak pakai baju macam abang katanya.. mujur mama dia mmg ada beli haritu .. pastu dia paksa kakak dia pakai gak baju HR padahal kakak dia dah pakai baju lain pagi tu.. dah seme pakai baju sama.. bila jalan2 dah macam aku ada anak 4 orang gamaknya..

eisya amik gambar gambar wefie



dah nak krismas.. so banyak deco krismas







masih ada saki baki bunga


1st sekali kitaorang naik train pusing dulu.. baru turun kat tempat yg nak dituju



















melompat sesaja budak2 ni.. 
masa ni suami aku naik roller coaster ni..  kalau aku? mmg tak la.. kim salam










yang ni sebijik mcm kat USS kan..

















tetiba nampak binatang ala2 mengkarung.. besar juga

Dalam pukul 1 lebih kitaorang keluar dan lunch dulu.. mmg ada tempat makan kat luar ni.. tak lama lepas kitaorang makan, ada 1 family mat saleh makan sebelah meja kitaorang .. pun bawak bekal juga.. kat area luar ada lebih kurang 6 - 8 meja makan..tp tak de restoren.. mcm tau2 jek dia sediakan tempat untuk visitor makan bawak bekal kat luar.







Lepas makan barulah kitaorang amik gambar kt luar Dreamworld, sebab masa sampai tadi, ya ampun ramai giler manusia... nak snap gambar pun tak senang.. so dah tenghari ni tak de orang mai.. marilah kita amik gambar dengan tenang dan aman




Memang aim lepas makan nak amik gambar dengan koala bear.. takut terlepas session dia plak..





Pastu kitaorang pergi main kanggaroo pulak. ada orang ni baik hati, beli makanan kanggaroo, kitaorang tumpang posing aje. hehehe







Dah puas berjalan kitaorang tengok Tiger Show.. opss bukan tiger show yang tuuu. ni show harimau betul2 la









second time derang main ni.. suka sangat


ni pun second time main.. sakan budak2 ni main repeat2
Pastu kitaorang pi solat jamak zuhur asar., kat sini tempat solat campur, cuma dia hadang dengan kain..




anak-anak dengan anak angkat
mak dia  pun nak jugak. hahaha
Lepas dari main segala tok nenek yang ada dalam ni.. kami keluar dalam pukul 6 lebih kurang.. malam ni kami tak balik apartment tapi kami terus menghala ke arah Brisbane.. malam ni nak tido rumah makcik kawan yang dah menetap di Karalee, Brisbane.. dia dah berkahwin dengan warga tempatan dan berhijrah ke sini.. alhamdulillah walaupun pertama kali kami berjumpa dengan Mak Lang (panggilan beliau) tp beliau sangat ramah dan baik hati melayan kami.. terima kasih Mak Lang.. rumah Mak Lang ni cantik sangat.. tp sebab dah malam, esok siang ajelah aku ronda2 dalam dan luar rumah.. 

kami sampai dia hidangkan buahan2 dulu.. kasi segar katanya
Malam tu Mak Lang masak Lasagna dan juga Garlic Bread yang dia buat sendiri.. sumpah sedap


salad

anak-anak ralit tengok Nenna (panggilan anak2) masak 

Eisya pun sibuk amik gambar nenna nak kasi saudara mara tengok la tu..

tu dia lasagna dah siap bakar..

dengan garlic bread baru masak panas2.. aduhh sedap sangat


kawan aku, Mak Lang & Hubby

mmg kenyang sangat2

lepas makan ada sessi aiskrim pulak... makin sendat perut.. nampak tak pintu terbuka belakang mak lang tu?  tu ialah pantry Mak Lang yang ada semua Halal Food (can & pack food). 



amboi korang.. perut dah sendat pun tp sebab nampak aiskrim laju masing2 kan
Antara halal food yang Mak Lang tunjuk kat kami yang dia selalu beli..

petai!! nape kat Malaysia dia tak de ye? senang keje aku kalau nak makan petai.. (kes malas kopek)

tu dia.. rencah sambal tumis

kepala parut opkos la susah cari kan.. so stok santan kene adalah ..

Nak buat apa dengan stok yang Mak Lang tunjuk malam ni? tu kene tunggu next entrylah kan. hehehehe ok sampai ketemu lagi di tahun hadapan.. babai

No comments: