Wednesday, September 27, 2017

My Journey to Slim Again! Slim & Fit Malaysia

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Awas entry ini mungkin panjang (hehe)..

Harini aku nak share journey aku kurus sekali lagi (tapi masih belum kurus sepenuhnya pun hehehe). ha kalau siapa2 yg follow blog aku sekian lama, mesti tau yang aku dulu pernah kurus dan slim semasa mengamalkan Diet Atkins (baca sini).. ok masa tahun 2013 tu umur aku 37 tahun.. masa tu masih lagi ada semangat dan kekuatan untuk buat Diet Atkins.. tapi sekarang rasanya tak mampu nak buat macam dulu. mungkin sebab dah masuk 4 series.. metabolisme pun dah rendah kan.. tak boleh rasanya nak follow diet tu lagi.. jadi apa yang aku buat, aku dah tukar corak pemakanan dan gaya hidup. hehehe skemanya bahasa .. sebelum aku citer lebih lanjut, marilah kita imbas kembali kisah dahulu..

gambar pertama

gambar kedua... baju yang sama, orang yang sama.. tp fizikal yang berbeza

Masa tahun 2013 ni, ketika aku buat diet atkins, berat permulaan aku ms tu 61kg .. aku buat dalam masa 8 minggu dan aku turun 10kg.. mmg tekad aku buat masa tu.. dan berjaya.. tp tu lah betul kata orang  .. nak turun itu mudah tapi nak menten itu susah .. so lepas dah berjaya turunkan berat badan, aku pun makan seperti biasa. aku lupa yg diet atkins ni kan tak boleh amik tinggi karbohidrat.. tp tu la sebab dah lama tak makan nasi mmg syoklahkan makan aje kerjanya.. jadi badan aku mula naik sedikit demi sedikit.. tapi aku naik masa tu tak lah mendadak sangat.. cuma masa tu tak perasan lagi ...  bila berat naik sikit, aku cuba amalkan balik diet atkins. tapi tak semudah yg disangka.. asal buat tak jadi, asal buat tak jadi.. lama-lama aku jadi fed up.. ada 2-3 orang kawan aku pun mcm tu jugak. bila dah berjaya turunkan berat badan dan naik berat semula.. tp bila nak buat sekali lagi, mmg tak jadi (aku tak kondem/salahkan diet atkins ni tau, jgn salah faham, aku cuma salahkan diri sendiri aje yg tak boleh nak follow diet ni untuk kali kedua).. last2 aku biarkan balik badan menjadi bulat. hehe  (untuk pengetahuan mmg aku akui sangat Diet Atkins ni mmg sangat membantu kalau nak turun berat badan dengan cepat, tp aku dah tak boleh nak laluinya lagi)

Ok untuk rekod, berat aku tahun 2013 selepas kurus adalah 51kg.. dan berat sehingga 31 Julai 2017 adalah 66kg.. bermaknanya aku naik hampir 16kg dlm masa 4 thn.. betul tak? puratanya pulak 4kg setahun .. hurmmm boleh tahan jgk ye.. aku ni pulak jenis bila berat badan naik.. akan jelas muka dan punggung yg akan naik dulu.. jadinya mmg nampak sangatlah bulat sangat diri ni.. ok ini tak boleh jadi..


Aku letak gambar muka je lah ye. takkan nak letak gambar punggung pulakkan.. Gambar tudung hitam adalah gambar raya 2017 yg lalu.. giler bulat muka cam pinggan .. adoi stressnya tengok lebihan lemak kat muka.. yang tudung biru tu adalah gambar awal bulan September ni.. ada beza ke? turun lah sikit ye tak? walaupun belum runcing lagi muka ni.. takpe ada banyak kilos lagi nak buang.. kene banyak bersabar.. 


Kakak aku adalah inspirasi aku.. dia beza dengan aku 4 thn. sekarang dia berumur 45 thn.. dia join program Slim & Fit Malaysia (S&F) .. dia join tu sebab dia pun ada masalah berat badan dan ada sakit slip dics. Doktor dah sarankan dia pergi exercise untuk kawal berat dia.. dia join S&F ni pada awal tahun haritu.. dan aku nampak banyak perubahan kat dia.. dari muka dia dan badan dia.. bukan tu sahaja.. badan dia semakin fit dan banyak stamina .. so dia ajak aku join S&F untuk next season (bulan 8 haritu) .. aku ni sebenarnya bukanlah seorang yg suka bersenam.. berlari apatah lagi.. pendek kata kaki bangku pun ada.. tp atas sebab kesedaran diri yg dah makin debab dan susah cari baju (saiz XL ye), dengan hati yang berbelah bahagi aku join jugaklah S&F ni.. lgpun aku fikir tak lama.. 6 minggu aje. so oklah..

Program S&F ini diadakan di sekitar Selangor dan KL .. ada beberapa kawasan yang terlibat dan aku join S&F kawasan Titiwangsa. kenapa Titiwangsa? kenapa tak join kawasan Selayang/Gombak yang lagi dekat dengan rumah? hehehe jawapannya sebab aku ikut kakak aku lah. haha... Coach aku namanya Izzati.. sweet orangnya.. tp kadang2 garang ala2 mak tiri .. kikiki eh tapi dia baik ati.. 

Untuk season kalini S&F bermula pada 5 Ogos 2017 yang lepas .. hari pertama timbang dengan coach Zati berat aku 65kg.. tp sebelum tu sebenarnya aku dah start awal sikit diet iaitu pada 1 Ogos 2017. masa tu berat aku 66kg.. so sebelum aku mula join S&F aku dah hilang 1kg.. (opkos hilang berat air lah tu kan).. ok selain dari timbang berat, badan kita juga diukur untuk buat perbandingan sebelum dan selepas program S&F.

Hari pertama program, pehh mencabar jugaklah sebab aku dah lama giler tak berlari.. adeh main lari2 pulak keliling bulatan .. kene ingat kambing, ayam, itik .. mcm tu lah.. giler rasa nak semput pun ada.. lepas dari tu barulah coach ajar buat senaman kardio.. squat, lunges, jumping jack dan lain2.. peh seminggu badan dan kaki aku sakit2.. nak solat pun kene solat duduk.. haha bak kata coach aku.. beauty is pain..



Hari pertama berjumpa dan sesi berkenalan dengan semua peserta.. ha ada timbang kat situ.. masa ni coach bg penerangan serba sedikit ... berpeluh2 baju aku..

Selain dari tu kitaorang ada seminar pemakanan yang diadakan di bawah ini untuk semua peserta S&F seluruh KL dan Selangor.. semua coach2 memberi semangat dan pengalaman masing2 semasa menurunkan berat badan dan dari situ kita semua dapat semangat dan cara2 pemakanan yang betul.. serta cara untuk tau kaedah turun berat badan dengan seimbang..


Sebenarnya kita boleh je makan apa sahaja dengan kuantiti yang betul.. senang citer, kita diet secara mengira kalori.. bab ni aku rasa ramai yang tau.. kalau korang nak tau lebih lanjut, boleh je google.. ada cara2 untuk mengira kalori setiap org .. korang boleh jgk install apps My Fitness Pall .. atau boleh je pm aku.. aku boleh tolong kirakan kalori yang perlu diambil .. kalau nak citer kat sini lagi panjang.. dan aku rasa korang boleh je google sebab mmg terlalu banyak info pasal diet kalori ini. ok kat sini aku jelaskan sikit apa yang aku makan untuk nampak jelas

Kebiasaannya setiap pagi aku akan makan sekeping roti atau buah.. selalunya aku amik buah nagalah sebab tu mmg favourite aku.. dan ianya melawaskan.. if pagi aku dah amik roti, pkl 10pg aku makan buah sebagai snacking.. lunch plak aku akan makan nasi mcm biasa. tp aku amik segenggam nasi atau suku dari pinggan.. buah pun pun wajib aku makan masa lunch ni .. ni aku share gambar menu2 yg aku amik di bawah ni.. utk malam kdg2 aku makan roti, kadang2 biskut atau buah jugak.








Ok je kan lauk2 aku? siapa kata diet tak boleh makan nasi.. rugilah. hehehe.. tp aku tak amik kuah ye .. sebab dalam kuah banyak hidden kalori.. so aku makan kering2 aje. mula2 tak biasa. tp lama2 ok je..

So far berat aku sehingga semalam (26 September 2017) adalah 60kg.. ye aku dah hilang hampir 6 kg... semasa tamat program S&F haritu (16 September 2017) aku cuma lost 3-4 kg je sebab within program S&F tu ada 1 minggu aku tak berapa diet sebab minggu tulah anniversary aku, hari raya haji, cuti merdeka, kenduri kawin anak kawan.. so minggu tu aku makan dengan senyuman yang panjang.. so lepas naik cuti tu aku giat sambung diet sampai sekarang, still on track even program S&F aku dah tamat pada 16 September hari tu... see? kejap je kan program aku tu.. pejam celik pejam celik.. dah 6 minggu ... pada hari terakhir tu alhamdulillah pinggang aku turun 3 inci dan punggung pun turun 2 inci.. happy sebab boleh pakai baju lama dah tak sendat mcm sarung nangka.. hahaha ..... jauh perjalanan aku lagi nak capai berat idaman aku 50kg.. so another 10 kilos to go..

Meh kita cuci mata tengok gambar aku dan kawan2 setiap minggu bersama berlatih untuk sama2 menurunkan berat badan.. actually gambar banyak.. tp cukuplah apa yang aku pilih2 ni ye..

Melepaskan penat setelah bererobik
haha pose ni cute.. ala-ala nak terbang je masing-masing


masa ni perut ya allah selambaknya.. tp alhamdulillah dah banyak susut.. happy

masa ni ada game untuk semua peserta.. aku suka aktiviti masa ni.. berebut2 masing2 nak abiskan tugasan




untuk harini plak ada sessi toningkan upper body.. guna dumble.


yg ni minggu last hari sabtu terakhir.. ada fitness test.. masing2 diuji untuk melakukan satu2 pergerakan selama seminit..  mencabar hoi..


Setiap hari coach akan bg homework untuk kita buat di rumah.. yelah kalau setakat exercise 2 kali seminggu sabtu ahad, bilanya nak slim dan fit kan. so setiap hari jugak coach akan bg senarai workout untuk dibuat di rumah.. antara rajin atau tidak jelah nak buat ke tak kan.. terpulang.. if nak cepat loss inch / weight sila lah buat.. ni contoh yang coach aku suruh buat.. ada banyak, tp aku kasi 1 contoh ajelah ye .


Pada hari terakhir program iaitu 17 September 2017 S&F Malaysia telah mengadakan Event 3km Run yang diadakan secara besar-besaran di Taman Botani Shah Alam .. bayaran untuk peserta S&F sebanyak RM40 akan dapat baju kaler biru .. cantik tau.. pada harini ada program larian sejauh 3km, acara cabutan bertuah, zumba 3 jam tanpa henti dan juga diumumkan juara kawasan.

Oh ya lupa nak citer .. semasa join program S&F ni  mmg ada dimaklumkan bahawa program ni akan ada juara untuk setiap kawasan.. tapi aku tak pernah amik port. sebab aku tak pernah terpikir aku join ni sebab nak jadi juara.. aku just target nak slim dan kurus aje. hahaha tak de semangat nak bersaing sungguh! lagipun kalau korang tengok budak2 group aku ni, semua muda2 dari aku.. yang rajin pergi zumbanya.. rajin pergi fitness squadnya... eh mcm2 dorang tu buat tau ... tu pasal aku tak target aku nak menang... tapi apapun, dengan tak disangka2 aku jadi Juara juga untuk kawasan Titiwangsa (walaupun coach kata aku selalu ngelat .. hahaha) saingan sengit dengan peserta yg lain.. beza 1% je .. aku ingatkan juara dikira berdasarkan berat siapa paling banyak turun, tp rupanya dia kira berdasarkan peratusan (berat akhir tolak berat awal kalau tak silaplah) .. alhamdulillah syukur banyak2 rezeki berpihak pada aku.. untuk Juara kawasan dpt hadiah untuk join next program S&F secara percuma (bernilai RM300).









naik pentas dengan coach.. terima kasih coach zati

Lepas ni S&F akan stop buat seketika.. insyallah akan bukak balik season baru akan datang.. sebagai gantinya bulan 10 ni akan ada program Her Fit World bg mengantikan S&F yang berehat untuk sementara waktu.. korang boleh join program Her Fit World ni (boleh tengok di IG atau FB) .. bayaran sebanyak RM300 juga kalau tak silap selama 6 minggu.. korang boleh join ikut kawasan korang berada.. kat situ boleh pilih coach mana yang korang suka..  jangan lupa tengok IG dan FB tau..

So far aku puashati join program S&F ni .. sebab berat pun turun, ukur lilit badan pun turun.. walaupun tak selaju penurunan orang lain tapi tetap ada hasil kan... ok gambar terkini aku tak share lagilah.. sebab tak amik lagi.. Insyallah hujung minggu ni aku snap ye..  nanti aku update lagi minggu depan.. boleh la tengok ada perubahan ke tak.. bye!

2 comments:

NUR IZZATI DAING said...

thank you so much kak mimi for sharing your journey with slim and fit titiwangsa.. wish you all the best! selamat berjuang kembali sehingga capai target! they always people will say you're lucky. But they have no idea how damn hard you competed to get here!..


lots of love,j
your coach ? mak tiri kawasan! =)

Unknown said...

Seronoknya puan, dapat turunkan berat badan. Semoga puan berjaya mendapat berat yang dihajati. Aamiin.