Thursday, November 14, 2013

Ala-ala nasi goreng bunga kobis untuk Atkiners

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

2 hari lepas aku wat induction lagi.. tak abis-abis dengan induction.. gitu la gamaknya.. asal naik 2-3 kg, induction balik, naik 2-3 kg lagi, induction balik.. gitulahhh, so berat pun menten .. tp aku plan nak turunkan lagi sampai jadi 47kg.. hahah harap2 menjadi la yer.. amin

so berbalik pd tajuk, masa induction kali ni aku try buat ala2 nasi goreng, tp tak menggunakan nasi.. guna bunga kobis.. rasanya ramai Atkiners dah tau resepi ni... tapi tak pe, aku share jugak sebab ramai gak yang mcm aku ni, masih terkial2 nak makan apa masa induction kan..

bahan2 simple jek.. mcm korang selalu masak nasi goreng tu jek.. nak tumbuk boleh, kalau malas blender jek.. opss aku bubuh juga sebiji telur tau.. kat sini lupa letak

bunga kobis.. tp aku potong, amik 1 penumbuk je.. tu pun dah banyak

aku rebus jap.. ada orang tak rebus.. ikut suka masing2 lah
ok ni bunga kobis yang aku dah racik kecik2.. rasanya kene racik lagi halus-halus sebab ni mcm nampak kasar.. ok ada juga orang sagat bunga kobis ni, tp aku dah try, bila sagat dia hancur, so aku racik2 je

Masak mcm biasalah, takkan tu aku nak ajarkan.. jangan lupa bubuh telur sebiji, kalau nak add on boleh letak ayam dan udang.......... fishball, sosej atau apa2 process food tak leh ye untuk induction.. tak digalakkan

nilah rupanya ala2 nasi goreng bunga kobis.. kenyang makan ni.. oklah lepas gian

Nanti aku share resepi lain ok

Monday, November 11, 2013

Laman Grill

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Cuti Awal Muharam haritu kitaorang lunch kat Laman Grill. tapi sebenarnya plan nak makan mee sotong kat Seksyen 2 Shah Alam. ni gara2 en asben tengok JJCM hari ahad tu.. lepas kitaorang sampai kat medan selera Seksyen 2 tu, dah la susah parking, pusing la 4-5 kali pun tak dapat2 parking. so en asben suh aku turun dulu, cari kedai mee sotong tu.. nanti senang la bila dapat parking terus tuju ke gerai mee sotong tu.. bila aku dah masuk kat medan selera tu, puas aku pusing2 dalam medan selera tu tp tak nampak bayang gerai mee sotong tu.. tetiba ada satu brader kedai jual air ni tegur aku "dik, cari kedai mee sotong ek?, kedai tu dah 8 bulan tutup dik.. dalam 2-3 harini dah ramai orang cari kedai tu.." aku pun tanya balik, abis kenapa masuk dalam JJCM hari ahad haritu.. dia kata "maybe tu siaran ulangan, dah lama dah kedai mee sotong ni tutup".. grrrrr saba jelah.. dah la penat pusing 4-5 kali cari parking.. tau2 tak tutup.. so aku call en asben cakap kedai tu dah tutup.. pastu dia kata alang2 dah sampai Shah Alam, jom la kita pi makan kat Laman Grill.. Restoren Chef Zubir Masterchef tu. ok jom

Aku tengah bengang dengan cik notes aku ni.. sekarang ni gambar semua jd tak berapa cantik.. aku pun tak paham.. merajuk kah? kecik ati kah? datang bulan kah. hahahaha (agaknya dia kecik ati kot dengar aku nak tukar cik note 3?) oklah meh layan gambar2 aku yg tak berapa nak sharp ni








 


ni chicken chop aku.. pelik kan.. lain sikit dari chicken chop biasa tu..
ni yang tengah2 chicken chop tu.. mmg isi ayam semata-mata
ni orang panggil ayam boxing kot.. kepak ayam yang di kikis2 pastu terbalik kan.. sorrylah kalau silap.. aku bukannya terer sgt


pie kentang.. sedap jugak

yang ni lupa.. hahaha

ok pipi dah tembun semula.... mari kita berdiet ..  (dietlah sangat tapi minggu depannya makan nasi briyani gam Johor.. Syabas!)
** Chef Zubir tak de plak haritu, kalau ada, leh amik gambar kan. hehehe

Wednesday, November 6, 2013

Wordless Wednesday - My 1st Photobook by Photobook Malaysia

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Inilah hasil pertama Photobook yang aku buat.. malas dah nak cuci-cuci gambar, pastu nak beli album pulak.. so buat je macam ni.. senang.. hehehe.. selamat menjamu mata.. oh ye, aku beli voucher kat groupon .. lebih murah dan lebih jimat..

Cover Depan

Cover Belakang






















P/s:- ada 2 photobook lagi bakal menyusul.. tak sabar!