Monday, September 18, 2017

Anniversary Trip - Hotel Pines Melaka - Pool Side Suite / Dinner @ Hard Rock Cafe

Salam Bismillah 
Mama Farhan & Emily

Lama betul aku menyepikan diri.. mood kadang2 takde. kadang2 pulak sibuk dengan kerja.. ok harini aku nak share sikit mengenai short trip ke Melaka tempohari.. sempena annivesary kami yg ke 14 tahun.. sebenarnya anniversary kami setiap tahun pada 30 Ogos dan selalunya kami akan sambung holiday pada 31 Ogos lah sebab cuti Merdeka kan.. tp oleh sebab cuti tahun ni bersambung dengan hari raya haji maka kami tak boleh la cuti lama2 sebab nak balik kampung.. mula2 plan nak ke PD tp fikir2 balik sure jalan jem dari PD nak ke selatan, so aku cadangkan kat suami kita ke Melaka saje sebab dari tol ayer keroh pun tak jauh dari tol tangkak .. jimat masa dan insyallah tak jem .. so surveylah aku harga2 dan hotel mana yg best.. memang banyak juga hotel best2 kat Melaka ni.. tp oleh sebab nak rasa private sikit kalini, kami pilih Hotel The Pines sebab ada bilik Poolside Suite.. apa tu bilik Poolside Suite.. jom kita tengok ..

sumber google : gambar hotel aku lupa snap

ini juga sumber dari google sebab terlupa nak amik view ni
Bilik dalam hotel the pines ni mmg luas sangat2.. kalau bawak toto mmg boleh bentang tau.. mmg puashati..


farhan dan cop nak tido di sofa ni.. ala2 sofa bed.. sebab lebar juga

kalau bentang toto depan almari tu pun mmg muat.. luas sebenarnya.. tp kami tak bawak lah toto.. emily tido kt tengah2 sebab kami dapat katil king.. muatlah
nampak tak.. depan bilik ada pool.. mmg seronok lah anak dara aku yg kuat main air tu.. dia dulu yg tak sabar2 nak terjun kolam..
depan bilik ada disediakan kerusi malas ni untuk lepak2 tengok anak mandi manda


tak dalam sangat pun kolam ni
Kalau ikutkan takdelah private sgt ada kolam depan bilik ni (tak mcm di Lexis PD).. sebab kita share kolam dengan 1 level tingkat 7 ni.... tp jangan risau sebab kalau tengok anak2 kita/anak orang lain mandi pun takkan pergi merayap mandi sampai ke depan bilik orang lain la.. 

Kolam depan bilik hanya di tingkat 7 sahaja.. kalau kolam untuk guest hotel yg lain ada di tingkat 8.. cumanya yg best kalau depan bilik ada kolam ni, tak perlulah kita keluar bilik untuk ke kolam renang.. dan juga kita bebas mandi sampai pukul berapa pun yg kita suka (mlm) tak de limit masa .. anak2 pun boleh berulang mandi sambil makan kat bilik..  kita pun boleh pantau anak2 sambil santai2 kt depan bilik.. nak tengok tv boleh..  

sepanjang bilik ni..

tengok tu ada budak tak sabar2 nak mandi
Kami dapat bilik second hujung.. kebetulan tak de orang di bilik sebelah. so rasa puashati la sebab mandi2 pun tak de orang nampak..

Malam tu kami plan nak dinner di Hard Rock Cafe.. simple2 dinner je.. untuk kenangan kami berempat. hehe


hadiah untuk aku dan suami..

dari abang untuk aku

hehe ngelat dia dapat hadiah besar



Lepas makan, ronda2 kejap dan kami terus balik hotel.. sebab utamanya ada budak tu dah tak sabar nak berkubang balik dalam kolam. tak larat mama nak layan oi malam2 ni. sejuk.. suruh papa jelah teman ..



Esok kami bangun awal sebab nak pergi breakfast kat luar. Walaupun ada breakfast di hotel, tp aku teringin nak makan mee goreng hassan @ mee goreng bodo kat Tengkera tu. tp tak de rezeki. agaknya cuti hari merdeka kan.. kedai tutup.. terus google apalagi sarapan best kat melaka.. jumpa Roti Canai Kayu Arang. jom kita pergi.. 



Gambar roti canai atas dapur arang sumber dari google.. aku tak snap gambar sebab masa tu aku rekod video tp video aku letak kat IG aku je..



Lepas sarapan, balik hotel kita sambung lagi mandi manda.. anak2 aku tak bangun lagi masa ni.. aku je layan sorang2.. tak lama 10 minit lepas tu baru emily bangun tido..




Lepas check out, kami lunch kat Asam Pedas Hajah Rahmah di Bukit katil.. dan terus balik ke kampung.. ok jumpa lagi nanti.. bye

Wednesday, August 2, 2017

Restoren Kari Kambing 40 Hari

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Last week balik kampung di Johor .. tak lama 2 malam je.. lepas tu otw balik ke KL kami singgah di Restoren Kari Kambing 40 hari ni.. mmg dah lama sangat teringin nak makan.. tp asyik tak kesampaian aje.. so kalini kami balik awal sikit dari kampung dan singgah sini.. dari tol kulai kami msuk ke tol yong peng.. dari tol yong peng tak jauh pun dalam 8 minit mcm tu ..


Kat sini mmg dari jauh nampak beratur panjang.. tp jangan risau sebab servis mmg cepat.. lagi pun disediakan 2 barisan.. sebelah kanan untuk sesiapa yang nak makan dalam dulang dan sebelah kiri untuk hidangan dalam pinggan.. untuk yang keluarga besar, mmg disyorkan makan dalam dulang sebab lebih berbaloi2.. kenapa berbaloi.. sebab harga sedulang dalam RM48 dan dapat percuma se jug air sirap.. mcm kami walaupun berempat tapi anak-anak aku jenis tak kuat makan.. sangat tak berbaloi amik dulang.. aku pun makan sepinggan tak abis ye.. banyak sangat.. tp mmg lembut sangat2 daging kambing tu.. dan yg penting mmg sedap.. oleh itu kami hanya amik 3 pinggan nasi aje.. 


nasi arab dengan ayam

nasi arab dengan daging kambing


Tengok mereka makan sepinggan .. memang cukup sangat.. bukan kedekut nak belikan sepinggan sorang. tp mmg takkan abis punya.. ada disediakan pinggan polestrin untuk kanak2 nak makan tapi aku tak amik pun. saje bagi dorang makan sama2 sepinggan.. kasi hubungan tu rapat adik beradik.. yang penting mereka tak pernah merungut kene makan share, malah mmg selalu mereka yang request makan share..

Tuesday, August 1, 2017

Photoshoot Raya 2017

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Raya dah pun berlalu.. tak sempat nak cerita apa2 mengenai hari raya sebab terlalu sibuk.. cuma kat sini tetap nak letak gambar kenang-kenangan seperti setiap tahun.. tak lupa juga kami buat photoshoot setiap tahun  (klik untuk lihat gambar photoshoot yg lepas2) .. malas nak cakap apa2.. tengok gambar ajelah ye. cuci mate.. tahun ni kami sepakat memilih kaler purple magenta..



















itu sahaja. nanti aku citer yang lain pulak ye

Friday, May 19, 2017

Trip Gegirl ke Bandung, Indonesia - Day 4 (7 Mei 2017)

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Last day huk huk sedih campur gembira.. sedih sebab kejap sangat masa berlibur bersama kawan2, dah nak berpisah.. gembira opkos la sebab nak jumpa suami dan anak2 kan.. dah rindu semua yg kat rumah tu.. flight pukul 10 pagi.. supir janji nak amik pukul 7.30 pagi.. pukul 6.30 pagi kami dah tercongok depan cafe.. tapi belum siap lagi .. haha cepat no kami ni.. so kami pun apa lagi, amik gambar la lagi untuk pengabisan kali sebelum pulang.. 










Ngam2 pukul 7.00 pagi kami pun sarapan untuk terakhir kali di Chara Hotel, harini buffet, so boleh amik je apa yang ada.. yg hari2 biasa tu ala carte..



Pukul 7.30 pagi, kami pun gerak ke Airport Bandung. ala bukan jauh sangat pun. dlm 10 minit je.. kat airport semua berjalan lancar.. scan bag pun lepas.. bag pun tak banyak. kalini naik malindo kan. so  4 orang =  120 kg.. tp total kami cuma 80kg.. tengok.. bukannya banyak kami berbelanja. wakaka




Airport Bandung dah cantik.. walaupun tak banyak kedai boleh shopping, tp oklah ada jugak yang boleh cuci2 mata.. ada kedai buku, ada kedai ala2 7e, ada kafe utk minum2.. dan ada kedai Mayang Sari (jual brownies) .. so kalau ada yang tak sempat beli brownies di Kartika Sari, boleh je beli brownies kat Mayang Sari ni sebagai ole2 bawak balik mesia.. beli kat airport ni je..


Flight dah sampai, nampak troli bawak bag2 kami masuk dalam kargo

handcarry.. yang ni kalau masuk dlm cargo.. hancus berkecai.. haha
Fligth kami on time .. tak delay dan sampai di Malaysia tercinta pun tepat pada waktunya.. Alhamdulillah perjalanan pun lancar, tak de air turbulence ... kat Imegresen pun bag tak di scan .. jalan terus aje tanpa henti.. sampai kat luar.. suami dan anak2 dah tunggu untuk jemput kami.. Semoga ada lagi rezeki kami berempat berjalan sama2 di masa akan datang dan semoga persahabatan ini kekal selamanya .. Terima kasih Allah atas segala2nya..